Tuesday 6 September 2011

RASULLULLUH S.A.W MENCERITAKAN TENTANG MASIH AD-DAJJAL

Ini kisah yang sahih,diceritakan oleh seorang yang tidak pernah menipu,kisah bila Dajal akan muncul. Usah bergaduh atau berbalah lidah bila ia akan datang kerana itu pasti tapi berbalah dan bertanyalah,bersediakah kita menghadapinya?

Dari hadis sahih riwayat Imam Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan:

“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.”



“Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.”

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.”

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.”

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan.


[Sumber]


Bersediakah Kita?

Ya,usah berbalah mengenai bila Dajal akan keluar tapi tanya diri kita sendiri,apakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya andai di zaman kita hidup,Dajal muncul? Apakah sudah lengkap iman kita? Apakah solat kita selama ini sudah sempurna? Apakah sudah langsai segala hutang-piutang kita? Adakah semua orang yang pernah kita lukai telah maafkan kita?


Ketahuilah bahawa sebelum Dajal muncul,setahun demi setahun Allah tarik nikmat hujan,maknanya,dari tahun ke tahu,kemarau makin melarat. Pada tahun ketiga sebelum Dajal muncul,Allah tarik 1/3 dari nikmat hujan dan hasil bumi. Tahun kedua 2/3 dan tahun ketiga 3/3,maknanya pada tahun ketiga,hujan lansung tidak turun dan pokok sama sekali tidak berbuah. Semua manusia merangkak kelaparan,hanya yang beriman dan beramal soleh kenyang dengan zikir-zikir mereka. Perhatikan diri anda sekarang,tanya hati anda, “apakah aku berada dalam golongan ahli zikr?”


Tatkala manusia merangkak mencari makanan,datang satu makhluk membawa 2 buah bukit,sebelah kanannya roti dan selah kirinya susu. Berbondong-bondong manusia ke arahnya untuk mendapatkan makanan dan minuman. Tahukah anda apa makhluk itu? Itulah Dajal! Anda yakin diri anda tidak bersama dengan manusia yang berbondong-bondong itu?


Tanya diri kita sendiri,fikir dan muhasabah,adakah kita sudah bersedia dengan kedatangan Dajal. Jangan selesa,kita tidak berada di Zon selesa,tahukah anda bahawa kematian Muhammad Bin Abdullah itu merupakan tanda kiamat kecil? Dan sudah berapa lama baginda meninggalkan kita? Yakinkah anda bahawa tanda-tanda kiamat besar tidak akan berlaku 1 saat selepas habis anda membaca artikel ini?


Kamu yang manusia yang ingin berubah, berhenti dari “aku ingin berubah bila…” kerana bila itu mungkin tiada. Kal Ho Na Ho! (Esok belum pasti) Sebaliknya,berubahlah sekarang, kalau ingin pakai tudung,pakailah sekarang,usah ditunggu suami pakaikan. Kalau ingin baca Quran,bacalah sekarang,jangan ditunggu Khamis malam Jumaat. Kalau ingin berdakwah, berdakwah lah sekarang,tak payah ditunggu Ilmu agama berbukit-bukit.


Apa yang anda ingin buat,buatlah sekarang!


Perubahan tidak perlu pada sesuatu yang besar seperti berdakwah atau solat malam,bermulalah dari yang kecil hatta menghulur senyuman atau bersangka baik sesama manusia. Semoga dengan perubahan yang kita lakukan, kita bersedia menghadapi Fitnah Dajal suatu hari nanti,insya Allah, kita mampu lakukan!

" Keseronokan Bagi Sang Pemancing"

"
Memancing bermaksud untuk menangkap ikan samada untuk dijadikan santapan atau suka suka CnR. Xtvt memancing adalah satu sukan dan rekreasi disamping untuk menjadi sumber pendapatan(nelayan) atau riadah bersama keluarga dan perniagaan komersil pada peniaga peniaga kedai Pancing..
Memancing adalah salah satu sukan yang paling disukai dalam bentuk rekreasi. Pada kenyataannya sukan memancing sekarang ini telah dipelopori dan diminati olih semua golongan. Pada alaf ini sukan memancing tidak kira jantina dan umumnya semua usia yang dihubungkan pada sukan memancing.Di Malaysia setiap bulan dan tahun Pemancing dihidangkan bermacam macam pertandingan memancing.
Pengalaman Memancing juga bolih dirasakan apa bila kita bersama keluarga dan teman teman bagi mengeratkan siratulrahim sesama kita ketika memancing samada di laut,tepian pantai, tasik atau sungai.Disamping itu memancing juga bolih mendekatkan diri kita dengan alam semula jadi ciptaan Tuhan.
Mereka menikmati sukan memancing dalam banyak variasi-Fly Fishing, Bait Fishing, Fishing Lure, dan banyak lagi.
Aktiviti Memancing juga mempunyai peralatan khas bagi keadaan dan teknik
~contoh~
*Bottom,
*Casting
*Trolling
*Jigging.


Kaedah dan pengunaan peralatan umumnya dilakukan dengan alatan yang merangkumi Joran,Mesin,Tali utama,Perambut,Mata kail, dan lures atau umpan. Masing-masing mempunyai cita rasa yang berlainan dan memiliki kreativiti dan idea berdasarkan pada situasi yang berbeza. Selain pengetahuan peralatan, ada begitu banyak kategori, bidang, spesikasi, dan kepakaran yang anda perlu anda tahu jika anda ingin mendalami ilmu memancing ini. Anda boleh menguasai semuanya, tetapi anda tidak perlu tergopoh gapah untuk menyesuaikan diri dalam dunia memancing. Ilmu memancing mungkin akan mengambil hampir separuh umur daripada hidup anda dalam menyiapkan diri anda mahir dalam semua aspek yang anda perlu diketahui tentang Dunia memancing.Yang penting adalah minat dan tahu tentang pelbagai aspek memancing sehingga anda akan dapat menentukan gaya, jenis, atau teknik yang paling sesuai untuk diri anda..

wasallam

Selamat medalami ilmu dalam dunia memancing