Thursday 7 February 2013

Tok Guru Tok Wali pun sokong PAS, Mung nak lawan?



Saya bawakan kepada anda koleksi gambar Ulama' Pondok, dan sesetengahnya dikatakan sebagai Auliya' yang berada dalam perjuangan PAS. Apa lagi alasan dan tuduhan yang anda nak lemparkan kepada PAS ???

Mungkin kalau saya nyatakan Tuan Guru-tuan guru seperti Tuan Guru Haji Abdul Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dr. Haron Din, anda semua boleh katakan kepada saya, "Memanglah depa ni sokong PAS, depa ulama' politik." Anda sudah terlalu skeptikal terhadap mereka dengan mudah-mudah melabel mereka dengan pelbagai gelaran yang tidak baik. Ramai golongan UMNO dan golongan yang berada dalam bidang agama sendiri menggelarkan ulama'-ulama' yang menceburkan diri dalam bidang siasah politik dengan pelbagai gelaran seperti "ulama su'", "ulama' dunia", "ulama wahabi", "ulama' syiah", "ulama khawarij", "ulama syaitan" dan bermacam-macam gelaran yang tidak elok malah amat menyakitkan hati. Semua ulama' PAS dikatakan tak betul, sesat la, menyesatkan.



Ok. Kalau anda tak boleh terima sangat ulama'-ulama' sebegini, apa hujah anda untuk menentang dan memerangi PAS andai Tok-Tok Guru Pondok, Ulama' Thurath, Ulama' Tradisional dan beberapa insan yang digelar Auliya' atau Tok Wali pun berada di dalam saff perjuangan PAS di Malaysia? Anda boleh lawan ke keilmuan, kealiman serta kewarakan insan-insan sebegini?


Dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik daripada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada Saidina Jibril daripada Allah ‘azza wajalla yang berfirman: Maksudnya:


“Sesiapa menghinakan waliKu, maka sesungguhnya dia telah berani memerangi Aku, bahawa Aku murka bagi pihak wali-waliKu, sebagaimana garang singa yang ganas, dan tiada berdamping kepada Aku oleh hambaKu yang mukmin seperti dia berdamping dengan Aku dengan menunaikan perkara-perkara yang difardhukan dan diwajibkan di atasnya, dan sentiasalah hamba Aku yang mukmin itu berdamping kepada Aku dengan mengerjakan perkara-perkara yang sunat sehingga Aku kasihkan dia, maka apabila Aku telah kasihkan dia, jadilah Aku baginya pendengarannya, pandangannya dan tangan (kudratnya). Jika kiranya dia berdoa kepada Aku, nescaya Aku kabulkannya, dan jika kiranya dia memohon (sesuatu) kepada Aku, nescaya Aku berikan. Aku tiada teragak-agak terhadap apa yang Aku perbuat, Aku teragak-agak pada mengambil roh hamba Aku yang mukmin yang bencikan mati.”(Ditakhrijkan oleh Ibnu Abu Ad-Dunya).
Ini insan-insan istimewa yang menyokong dan mempertahankan perjuangan PAS menegakkan Islam di Malaysia:-


Al Alim Al Allamah Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Hafizahullah Pondok Sik
Tokoh ulama Tauhid Melayu , seluruh pelajar pondok Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid. Sering menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dan DS Anwar Ibrahim.




Allahyarham Al Arifbillah Pak Teh Mad Isa Mahang, Mursyid Tarekat Syatariah.
Sesetengah ulama' mengiktirafnya sebagai Wali Allah.


Syeikh Hassan Bangkok. Bekas mufti Bangkok bertarekat Syaziliah.


Tuan Guru Haji Abdul Rahim b Abdul Rahman Pendang


Tuan Guru Haji Abd Hamid bin Abd Rahman Al Jarumi


Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi. Antara permintaannya yang menyentuh
hati adalah ketika beliau sedang diziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 
kerana beliau sakit agar Tuan Guru Nik Aziz sudi menjadi imam bagi solat
jenazahnya nanti. Allahurabbi...warak dan tawadhuknya. T_T


Tuan Guru Haji Ahmad b Haji Muhammad Nor Kuala Nerang (Tok Teh Mad)


Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai. Antara ulama' yang lantang memberi fatwa berkenaan kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya. Dikatakan "Golongan Wahabi tidak berani berdebat secara ilmiah jika ada Haji Omar Zuhdi."

Allahyarham Tuan Guru Haji Ali. Seorang Wali Allah dan ahli PAS seumur hidup. 

Antara kisah karamahnya:-
1. Ramai orang kampung dan anak muridnya yang menunaikan fardhu haji terserempak dengan beliau di tanah suci sedangkan beliau tidak termasuk kalangan jamaah haji musim tersebut. Allahyarham juga dikatakan boleh hadir di suatu tempat yang jauh tanpa menaiki kenderaan.
2. Sebelum hari kematiannya, beliau ada memberitahu murid-muridnya bahawa ada tetamu telah datang menjemputnya. Salah seorang muridnya berada di sisinya ketika beliau sedang di ambang sarakatul maut. Murid-muridnya dapat melihat dengan jelas lidah Haji Ali bagai kaca yang berkilau. Ratib zikirullah dapat didengari keluar dari lehernya.
3. Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Beberapa orang muridnya telah menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Pendek kata terdapat perkara-perkara pelik tapi benar telah berlaku di hari kematian Tuan Guru yang warak ini.



Allahyarham Tuan Guru Haji Zakaria (Pak Lang Zakaria Alor Janggus).


Tuan Guru Haji Ismail Besut, Mudir Pondok Matla' Badrain. Turut turun ke BERSIH 3.0.


Tuan Guru Haji Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim (Pak Njang Izuddin).
Pernah bersama rakyat dalam himpunan BERSIH 3.0


Tuan Guru Haji Abd. Wahab b. Haji Hasan (Ustaz Awang Lanai)


Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman Lubuk Tapah



Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman (Pak Teh Keroh).


Tuan Guru Haji Ghazali Bagan Datoh


Tuan Guru Haji Hashim Kajang


Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi


Tuan Guru Haji Yahya bin Junid. Anak murid kepada Tok Kenali.


Tuan Guru Haji Hashim b. Haji Abu Bakar


Tuan Guru Haji Hussein Ibrahim Lubuk Tapah


Syeikh Abdul Qadir bin Tolib al-Mandili. Seorang ulama
”yang bersangatan alimnya" sehingga digelar “al-Alim al-Fadhil wa al-Abdi
al-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al-Mandili al-Indonesi”.


Tuan Guru Haji Wan Ibrahim b Haji Wan Abdul Qadir (Pakcu Him Gajah Mati)




Syeikh Abdul Karim al-Banjari


Syiekh pada satu ketika, baru pulang dari lawatannya ke Malaysia. Beliau menceritakan bagaimana seronoknya berjumpa dengan pemimpin Malaysia. Maka seorang jemaah pun bertanya : Jumpa Perdana Menteri ke? Jawab beliau : Tidak, saya berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang alim. TG Nik Aziz berkata kepada beliau : Saya sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang alim yang mengajar di Masjidil Haram. Jawab al-Syeikh : Tuan memang bertuah, kerana saya cuma mengajar, akan tetapi Tuan mengajar dan mengamalkannya.



Timbul satu soalan dari para jemaah : Benar ke TG Nik Aziz ini seorang ulama’? Dengar kata beliau “mempergunakan al-Quran” untuk kepentingan parti? Jawab al-Syeikh seolah-olah terperanjat : Habis, mau guna apa, kalau tidak menggunakan al-Quran? Apa kalian mahu guna Bible?? Kalau orang Kristian boleh menggunakan Bible, kenapa orang Islam tidak boleh menggunakan atau mempergunakan al-Quran? Bukankah al-Quran itu perlu digunakan? Maka, orang bertanya itu pun angguk-angguk tanda faham.


Tuan Guru Haji Ghazali Hasbullah





Tuan Guru Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Ulama’ Melaka Tersohor. Beliau terkenal dengan
kehidupan sufinya. Beliau dikenali kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah. Antara peristiwa berhubung karamahnya yang diceritakan anak muridnya adalah tindakan beliau mengisi air dalam tangki minyak kereta setelah kehabisan minyak ketika keluar berdakwah.




Tuan Guru Haji Yahya bin Muhamad Thaha. Terkenal kerana digeruni oleh Komunis. Inilah yang yang menjadi kelebihan pada diri Tuan Guru Haji Yahya. Sehinggakan masyarakat Cina tempatan pada awalnya tidak mempercayai Tuan Guru Haji Yahya sudah meninggal kerana mereka mendakwa masih melihat beliau dimana-mana. Dan memang tidak dinafikan bahwa Tuan Guru Haji Yahya ini dikurniakan karamah iaitu antaranya digeruni musuh.


Madrasahnya, Madrasah Khairiyah pernah menjadi tapak bagi penubuhan Dewan Ulama PAS Negeri Kedah dan beliau sendiri telah terpilih sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Kedah yang Pertama pada tahun 1953.


Ini hanyalah segelintir paparan yang saya bawakan kepada anda berkenaan dengan keterlibatan dalam PAS oleh para Ulama Thurath, Tok-tok Guru Pondok malah perjuangan ini adalah perjuangan para Wali Allah. Mana mungkin insan yang dekat dengan-Nya bergabung serta menyokong kebathilan. Semestinya ini adalah perjuangan jihad fisabilillah, perjuangan yang Haq, perjuangan menyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat radhiallahu ajmai'n. Anda lawan PAS, samalah dengan anda melawan para ulama' dan auliya'. Barangsiapa yang memerangi Kekasih-Nya (Wali Allah), Allah akan memeranginya!

Tuesday 5 February 2013

Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok


Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.

Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.


   
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC] 

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.




Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.




Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif 


Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria 

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini www.ancientmysteries.eu. Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.

Cakera padat purba yang ditemui di China 

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.


Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.

Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An'am: 6

Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.