Wednesday 17 June 2015

Ramadhan Tiba



 
2:185 -(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.



Sudah Lama Aku tidak berpuitis di dalam Blog hampir 2 Tahun tidak diluahkan dan dicoretkan. Namun Kali ini hanya mahu berkongsikan Kenangan Ramadhan 20 Tahun dahulu.. Ketika Masih Menetap di Alamat No.1, Lorong Fraser Place, Assam Kumbang, 34000 Taiping Perak, berumahkan rumah Papan dan rekabentuk zaman dahulukala,  Dimana Kesembilan Ahli Keluarga Rata-ratanya kesemuanya  masih Bujang. Setiap kali ramadhan Kami bersahur, dan berbuka bersama sebagai satu keluarga, Mak & Abah akan mengejutkan kami untuk Bersahur, biasanya liat untuk bangun namun atas didikan mereka kami sekeluarga bangun berlaukkan al-kadar, didikan untuk bersahur itu masih terpahat hingga kini, Setiap kali raya ditunggu dan mengharapkan pakaian serba baru namun kami semua mengerti keadaan dan kehidupan kami ketika itu. Sebelum raya seronok melihat Mak membuat kuih Baulu, kami la yg mencari Sabut niuk untuk Proses memasak, Mak membuat kuih Samperit, Kuih Siput dan beraneka lagi kuih di mana dulu semua Mak Buat sendiri, Aku Merindui Saat Itu, namun bkn itu yang ingin diutamakan dalam perkongsian ini

TETAPI!!!!!!!!!!!!!!!

Berkumpulnya Ahli Keluarga bersama dengan Mak dan Abah, mungkin dahulu ketika kami masih kecil mungkin mereka tidak sunyi, menonton tv berkanta cembung bersama, makan bersama, ketika sakit mereka yang bersusah payah menghantar ke hospital, Mak Aku hanya Seorang Suri Rumah dan Abahku hanya Seorang Pekerja Kilang yang Gajinya tidaklah seberapa, namun ALHAMDULILAH!! mereka mendidik kami tanpa rasa Jemu, memberikan Pendidikan Agama dengan sebaiknya, Mengajar Survival hidup. 

Namun Masa Itu Pantas Berlalu sekarang Rata-rata Kami semua sudah Mendirikan Rumah Tangga dan Mempunyai Anak-Anak,mempunyai kehidupan dunia masing-masing, mempunyai karier, mempunyai rumah sendiri, namun jika bukan kerana didikan Mak dan Abah tiadalah Kami di mana Kami berada sekarang. Mungkin Kisah Ini biasa dan Kebanyakan Melaluinya, Namun ini kisah aku dan Aku Merasainya, tambahan pula tiba waktu RAMADHAN ini.

Anak-Anak Kesemuanya berada di Perantauan dan Balik Sekali Sekala Waktu Cuti, Hanya Mak dan Abah Berdua Menghabiskan Sisa Hidup di Kampung, Mungkin mereka berasa sunyi kala ini. Sungguh Aku Sedih dengan Mengenangkan Kenangan dan Kitaran Hidup Ini. Aku Menjangkakan Begitulah Keaddanya Aku Apabila Anak Aku Sudah Meningkat Dewasa nanti, Akan Meninggalkan Aku untuk Mengejar Cita-Cita sendiri.. Ya Allah Kau Ampunilah Dosa Mak dan Abah ku, Kasihanilah Mereka seperti Mana Mereka Mengasihani Aku Sejak Aku Masih Kecil.

                              


17:24 Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".



46:15- Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".

Hargailah Ibu Bapa Kita Sebelum Terlambat