"
Memancing bermaksud untuk menangkap ikan samada untuk dijadikan santapan atau suka suka CnR. Xtvt memancing adalah satu sukan dan rekreasi disamping untuk menjadi sumber pendapatan(nelayan) atau riadah bersama keluarga dan perniagaan komersil pada peniaga peniaga kedai Pancing..Memancing adalah salah satu sukan yang paling disukai dalam bentuk rekreasi. Pada kenyataannya sukan memancing sekarang ini telah dipelopori dan diminati olih semua golongan. Pada alaf ini sukan memancing tidak kira jantina dan umumnya semua usia yang dihubungkan pada sukan memancing.Di Malaysia setiap bulan dan tahun Pemancing dihidangkan bermacam macam pertandingan memancing.
Pengalaman Memancing juga bolih dirasakan apa bila kita bersama keluarga dan teman teman bagi mengeratkan siratulrahim sesama kita ketika memancing samada di laut,tepian pantai, tasik atau sungai.Disamping itu memancing juga bolih mendekatkan diri kita dengan alam semula jadi ciptaan Tuhan.
Mereka menikmati sukan memancing dalam banyak variasi-Fly Fishing, Bait Fishing, Fishing Lure, dan banyak lagi.
Aktiviti Memancing juga mempunyai peralatan khas bagi keadaan dan teknik
~contoh~
*Bottom,
*Casting
*Trolling
*Jigging.
Kaedah dan pengunaan peralatan umumnya dilakukan dengan alatan yang merangkumi Joran,Mesin,Tali utama,Perambut,Mata kail, dan lures atau umpan. Masing-masing mempunyai cita rasa yang berlainan dan memiliki kreativiti dan idea berdasarkan pada situasi yang berbeza. Selain pengetahuan peralatan, ada begitu banyak kategori, bidang, spesikasi, dan kepakaran yang anda perlu anda tahu jika anda ingin mendalami ilmu memancing ini. Anda boleh menguasai semuanya, tetapi anda tidak perlu tergopoh gapah untuk menyesuaikan diri dalam dunia memancing. Ilmu memancing mungkin akan mengambil hampir separuh umur daripada hidup anda dalam menyiapkan diri anda mahir dalam semua aspek yang anda perlu diketahui tentang Dunia memancing.Yang penting adalah minat dan tahu tentang pelbagai aspek memancing sehingga anda akan dapat menentukan gaya, jenis, atau teknik yang paling sesuai untuk diri anda..
wasallam
Selamat medalami ilmu dalam dunia memancing
No comments:
Post a Comment