Monday 13 February 2012

Sejarah Amirul Mukminin (Saidina Umar Al-Khattab)



Asalamualikum.. Saya Begitu Tertarik Dengan Amirul-Mukminin Khulafa ar-Rasyidin Ke-2, Saidina Umar Al-Khattab. Byk Koleksi Bacaan Mengenainya Telah Dibaca, Beliau Seorang Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat..
Seorang Yang Adil, Berani, Dan Tegas Menjalankan Tanggungjawab.. Mari Kita Berkongsi Sejarah-sejarah  Kehidupan Khalifah Saidina Umar-Al Khattab..


Saidina Umar Al-Khattabعمر بن الخطاب  Kadang--kadang dipanggil juga sebagai Umar Al-Farooq ataupun Omar, Umar berasal dari Bani Adi Iaitu salah satu Golongan puak Quraisy. Dia menjadi Khalifah kedua islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa Ar-Rasyidin.
Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Khattab bin Nufaul Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu dan merupakan pejuang dan wira gagah dan terkenal dengan kegagahannya.

"Sebelum Memeluk Islam"
Semasa Nabi Muhammad s.a.w mula menyebarkan islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah islam, Semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasullulluh s.a.w, beliau bertembung dengan seorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al-Quran kepada adiknya. Beliau merasa sungguh terharu apabila membaca ayat-ayat suci Al-Quran (Surah Thaha) yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Selepas Peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Selepas pengislamannya, beliau melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa penanaman anak perempuannya secara hidup-hidup dahulu. (Perkara seperti ini fonemena biasa di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam)


"Keislaman Saidina Umar"

Beliau Memeluk Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannya ini menggemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat islam bahawa Islam akan menjadi kuat.
Rasullulluh SAW pernah bersabda :
" Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khattab atau Abu Jahal b. Hisyam " Hadith riwayat At-Thabarani
Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasullulluh SAW juga pernah berdoa:
" Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khattab"
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasullulluh SAW berkata : Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata : " Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasullulluh SAW telah menggelarnya Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut. Saidina Umar menjawab : " Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasullulluh SAW : " Ya Rasullulluh SAW, adakah kita dalam kebenaran "?
Jawab Rasullulluh SAW : "Benar"
Aku berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara tersembunyi?"
Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang kafir Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasullulluh mengelarkan diriku Al-Faruq!
Dengan Islamnya Umar, maka umat islam yang sebelum ini sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di Baitullah khususnya setelah peristiwa di atas. di samping itu, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang islam yang sedang beribadah kerana takut akan Umar.
Peristiwa yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa secara rahsia.

"Sifat Keberanian"

Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut meriwayatkan : Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam di tangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy  memerhatikannya. Sebaik Selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat.
Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kafir Quraisy. Kata Umar : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak- puak jahanam yang memusuhi agama Allah"
Kata Umar lagi : " Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini"
Cabaran Saidina Umar kepada tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorang pun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata.
Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, Sekalipun Umar mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan oleh Allah SWT. Dalam keadaan puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata.
Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata : Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.
Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi Muhammad s.a.w yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi s.a.w, Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Ali Bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tiada kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam.

"Keadilan Umar Terhadap Rumah Ibadat Agama Lain"

Kisah Saidina Umar dan kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-wafa' fi sirah al-Khulafa, tulisan As-Syeikh Muhammad bin Al-Affi Al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. "Dan apabila masuknya Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam kanisah (gereja) Al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat Asar, maka berkatalah Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan Solat". Jawab Patriach : "Solat sahajalah di sini".
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach Al-Quds :
Sekiranya saya mengerjakan solat di dalam gereja tuan saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya.
Kisah di atas menceritakan respons Saidina Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja Al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.
Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh Kuil, Gereja seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang Jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah jarang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan islam sendiri.
Khalifah-khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh Kanak-kanak, Orang-orang tua, orang berlindung di tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

"Sifat-Sifat Peribadi"


Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran agama Islam juga seorang yang tegas dan adil. Ditakuti oleh orang ramai kerana keberaniannya taat pada ajaran Allah SWT. Seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang lain. Seorang Pemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah. Pernah menyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika beliau memegang jawatan Khalifah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, malah beliau sendiri yang mengangkat gandum dan minyak untuk diberikan kepada salah seorang daripada golongan yang memerlukan.

a) Berfikiran Terbuka
Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq mengenai pembebasan tawanan perang Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau mengajar anak-anak penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan tanpa syarat. Menerima Pendapat seorang perempuan yang mencadangkan supaya setiap orang boleh meletakkan mas kahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan tidak membebankan kaum lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat orang lain walaupun dari rakyat biasa.

b) Berani
Sebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menentang Rasullulluh Saw, sikap beliau sangat ditakuti oleh orang-orang yang memeluk agama Islam. Beliau tidak gentar mengistiharkan dirinya telah memeluk Islam secara terbuka di khayalak ramai. Setelah memeluk Islam, beliau berani menunaikan ibadat secara terang-terangan di hadapan orang ramai. Beliau memberi cadangan kepada Rasullulluh SAW supaya ajaran Islam disebarkan secara terbuka kepada orang ramai. Beliau mencabar orang kafir Quraisy supaya menghalang Rasullulluh Saw daripada berpindah ke Madinah. Oleh kerana ketegasan dan keberaniannya itulah, maka beliau digelar "Al-Faruq".

c) Adil
Seorang Pemerintah Yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran rakyatnya. Beliau banyak melakukan pembaharuan untuk kemajuan rakyatnya. Beliau sendiri keluar menyamar rakyat biasa untuk meninjau keadaan rakyatnya. Pada suatu malam, beliau terjumpa seorang kanak-kanak yang sedang menangis kelaparan. Beliau terus kembali mengambil gandum, memasakkan dan menyuapakan sendiri ke mulut kanak-kanak tersebut. Beliau juga pernah menjatuhkan hukuman ke atas Pesuruhanjaya Mesir iaitu Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalah dalam perlumbaan kuda.

"Kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab"


1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran


a) Membentuk Majlis Syura
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am.
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua perkara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura Ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.

b) Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam
Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru  telah memerlukan kepada pentadbir bagi mengurus sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagiak kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelincinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Makkah tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam pemilihan pegawai-pegawi yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. Al-Ash, Mughirah b. Syu'bah dan Zaid b. Sumyah.
Sebelum seorang gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengistiharkan harta mereka bagi menggelakkan dari menerima rasuah. Inilah Syarat yang dikenakan Khalifah Umar Al- Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

c) Memperbaharui Undang-Undang Pentadbiran Tanah
Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan Tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai. Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya di mana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

2. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi
Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak Adil akan dihapuskan. Beliau juga sering menanyakan kepada golongan -golongan Dzimmi (orang bukan islam) untuk mengetahui sama ada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan Oleh Umar sebelum perkara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharaan negara bertambah.
Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

a) Melakukan Polisi Baru Untuk Golongan Dzimmi
Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu hari Khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan ke atas mereka tidak membebankan.
Taraf dan hak awam diberikan sama rata seperti apayang dinikmati oleh umat Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau ke luar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti oleh Kerajaan Islam.

b) Memperbaharui Taraf Kedudukan Hamba
Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan Hamba Yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawi yang tidak menghormati dan menjaga kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Saidina Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.

c) Mengalakkan Kegiatan Keilmuan dan Pelajaran
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Saidina Umar untuk mengembangkan pelajaran Al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu di dalam Al-Quran bagi meghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah Al-Baqarah, An-Nisa, Al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ajaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan Al-Quran.

4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

a) Memajukan Sistem Pertanian
Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 Batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan sungai Duljah (Tigres) dengan bandar Basrah.
Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakkan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.


"Kewafatan Saidina Umar"
Saidina Umar Wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh hamba Majusi yang menyembah api yang bernama Abu Lu'lu'ah atau fairuz. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid Al-Nabawi, Madinah. Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad S.A.W dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya.

Cerita-Cerita Lain Mengenai Amirul Mukminin Saidina Umar AL-Khattab R.A


"Kisah Saidina Umar Vs Jin"
Zaman Sahabat dulu ranking terhebat pengusti di Madinah jatuh kepada Rasullulluh S.A.W , diikuti Khalid Al-Walid dan Saidina Umar. Mereka Inilah Panglima Perang yang hebat bertempur di medan perang demi menegakkan Islam di muka bumi ini.

Suatu Ketika dahulu di kota Madinah diadakan pertandingan gusti. Kita sedia maklum bahawa jaguh gusti ketika itu semestinya Rasullulluh, Khalid Al-Walid, Saidina Umar, Amru Al-Ash. Tetapi kali ini hanya Saidina Umar sahaja yang ambil bahagian. Saidina Umar sepatutnya boleh menang dengan mudah tetapi lawannya kali ini sangat hebat. Bukan dalam kalangan sahabat, tetapi.........
Perlawanan bermula, seperti biasa Saidina Umar yang sememangnya handal bergusti sudah tentu menang perlawanan demi perlawanan dan masuk ke peringkat akhir. Maklumlah, Khalid Al-Walid tidan menyertai pertandingan. Jika tidak meranalah Saidina Umar.
Tiba-tiba Saidina Umar melihat seorang penggusti tercampak jauh daripada gelanggang. Dia mula berasa hairan dengan kekuatan seorang pemuda ini. Dia mampu menewaskan musuh dengan mudah, sekali libas sahaja.
Sampailah giliran Saidina Umar melawan pemuda itu. Mereka bertemu di pusingan akhir. Saidina Umar menyerang, tetapi serangannya begitu senang dipatahkan. Saidina Umar hampir tercampak Dek serangan musuhnya yang terlampau hebat. Dia hampir kalah.
Saidina Umar mula berikhtiar, mencari cara untuk mengalahkan lawannya. Saidina Umar tidak mahu kenangan pahit ketika kalah kepada Khalid Al-Walid sewaktu mereka kecil dahulu berulang.
Kemudian dia sedar akan sesuatu. Saidina Umar mula mengatur serangan. Dia melompat ke arah pemuda gagah itu. Setelah dia minit bergelut, pemuda gagah itu serta merta rebah. Saidina Umar berjaya mengalahkan pemuda itu.
Setelah upacara penyampaian hadiah berakhir, Pemuda itu datang kepada Saidina Umar. Pemuda itu berkata

"Kau main tipu, mana adil......"

Saidina Umar tergelak kecil,

"Mana ada tipu, adillah itu"

Pemuda itu berkata pula,

"Kau baca ayat Qursi, memanglah aku kalah"

Pemuda itu sebenarnya adalah jin. Jin yang menyamar jadi manusia. Kesimpulannya, jin ini lemah dengan ayat Qursi jadi amalkanlah untuk mengelak gangguan jin ini.

"6 Wasiat Saidina Umar"


1) Jika engkau menemukan cela pada seorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.


2) Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.


3) Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah Allah S.W.T.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih sopan santun lembut kepadamu selain DIA.


4) Jika Engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalah kesenangan dunia. Sebab, andai kata engkau meninggalkannya, beerti engkau terpuji.


5) Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.


6) Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah akhirat. Kerana, engkau tidak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya!


"Karamah Saidina Umar Al- Khattab"

►       Suatu hari, berlaku gempa bumi di Madinah. Sewaktu itu Saidina Umar memegang teraju pemerintahan sebagai Khalifah setelah kematian Saidina Abu Bakar. Ketika bumi sedang bergetar, Saidina Umar menghentakkan tongkatnya ke tanah lalu berkata, “Wahai bumi, tenanglah kamu. Apakah aku tidak berlaku adil di atasmu?” Dengan izin Allah, serta-merta gempa bumi terhenti.

       Tentera Islam di bawah pimpinan Amru Al Ash telah berjaya membuka Mesir. Ketika itu berlakulah kemarau panjang hinggakan air Sungai Nil kering. Menurut penduduk di situ, air Sungai Nil akan naik kembali jika dikorbankan seorang anak dara ke dalamnya. Begitulah yang mereka lakukan pada masa-masa yang lalu. Amru menulis kepada Saidina Umar bertanyakan pendapatnya. Saidina Umar menolak sama sekali upacara khurafat tersebut lalu beliau menulis sepucuk surat kepada Sungai Nil yang berbunyi:  
“Daripada Amirul Mukminin Umar kepada Sungai Nil di Mesir. Jika kamu mengalirkan airmu dengan kehendakmu sendiri, janganlah kamu mengalir. Tapi jika kamu mengalir dengan kehendak Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa, maka kami memohon kepada Allah Yang Maha Esa dan
Maha Perkasa untuk mengalirkan kamu.”
Surat ini dilemparkan oleh Amru ke dalam Sungai Nil. Dengan izin Allah, pada malam itu juga tersembur keluar mata-mata air di sepanjang sungai tersebut hingga penuh sebagaimana yang kita lihat hari ini.



       Suatu ketika seorang utusan dari Rom (musuh Islam) tiba ke Madinah untuk menyampaikan sesuatu daripada rajanya kepada Khalifah. Dia bertanyakan orang ramai di manakah istana Saidina Umar. Malangnya Saidina Umar tidak ada istana kerana beliau tinggal di sebuah rumah kecil sahaja di padang pasir. Inilah contoh zuhud yang terbaik. Ketika sampai ke tempat Saidina Umar, dilihatnya khalifah sedang tidur sendirian di bawah pokok tamar. Tongkatnya dijadikan bantal. Utusan Rom berasa hairan kerana pemerintah Islam yang sangat digeruni Timur dan Barat itu langsung tidak ada pengawal peribadi. Dia terfikir inilah saat yang paling sesuai untuk dia berkhidmat kepada rajanya iaitu dengan membunuh Saidina Umar. Dia pun mendekati Saidina Umar dengan pedang yang terhunus. Tiba-tiba muncul dua ekor singa entah dari mana hendak menerkamnya . Sang utusan menjerit ketakutan dan pedangnya terlucut menyebabkan Saidina Umar terjaga. Singa-singa tadi hilang begitu saja. Utusan Rom pun menceritakan apa yang terjadi kepada saidina Umar. Akhirnya dia terus memeluk agama Islam.

       Saidina Umar pernah melaung di atas kubur seorang pemuda, “Wahai pemuda, bagi orang yang takut kepada Tuhannya, kamu akan mendapat dua syurga.” Suara dari dalam kubur itu menjawab, “Wahai Umar, Allah telah mengurniakan kepadaku dua syurga.”

       Saidina Umar telah mengirim sepasukan tentera di bawah pimpinan Sariyah ke Nahawunda untuk menghadapi tentera Parsi. Dalam peperangan itu, tentera Islam terpukul hebat dan hampir-hampir akan kalah. Saidina Umar yang ketika itu sedang berkhutbah di masjid telah dibukakan hijab oleh Allah hinggakan dia dapat melihat situasi peperangan tersebut. Secara spontan Umar menjerit
memerintahkan Sariyah dan tenteranya bertahan di atas sebuah bukit. Arahannya itu dapat didengar oleh tentera Islam yang jauh ratusan (mungkin ribuan) batu lalu mereka mengubah strategi dan akhirnya mencapai kemenangan.