Thursday 4 July 2013

Ada Apa Dengan Nama??

Ada apa dengan nama kita ? Setiap dari kita memiliki nama yang berlainan. Dan kadang-kadang ada orang yang memiliki nama yang sama dengan kita. Mungkin nama kita ni nama tokoh, mungkin nama sahabat, mungkin juga nama kita ini membawa maksud yang baik.

Maka, Ketahuilah bahawa nama kita telah dipilih oleh ibu-bapa kita dengan sebuah harapan yang besar... Kadang-kadang kita pun tidak tahu mengapalah nama kita ni dipilih.. Mungkin kita perlu tanyakan pada mereka sendiri.. dalam jutaan nama yang ada di seluruh dunia ini.. mengapalah nama ini yang mereka pilih.. Kenapa ye? Sudah tentu ada rahsia di sebaliknya.

Dalam Islam, aspek pemilihan nama bagi seorang anak amat penting kerana itulah merupakan tanggungjawab bagi seorang bapa kepada anaknya, selain dari mendidiknya dengan didikan islam dan mencari ibu yang solehah untuk anak-anaknya. Masakan tidak, nama itulah yang akan disebut-sebut orang apabila memanggilnya. Dan dari nama tersebut, ia akan membina sifat dan peribadi anak tersebut. Jika nama yang diberikan tidak baik, maka jadilah dia sebagaimana namanya tadi.

Dalam setiap nama sudah tentu ada sebuah harapan yang tersirat di dalamnya.. Ada kemungkinan seorang bapa yang memberikan nama anaknya dengan nama Musab ingin anaknya menjadi seperti sahabat yang berjaya mengislamkan seluruh madinah iaitu Musab b Umair.. jadi carilah apa kelebihan yang ada pada nama kita, kemudian bertindak menjadi orang yang layak memikul nama tersebut.

Contoh yang lain andai kata nama anda adalah nama Muhammad, nama seorang Rasul yang bersusah-payah menyampaikan islam sehingga ia sampai kepada kita.. maka anda perlu mencontohi sikap dan peribadi Rasululluh kerana anda juga memegang namanya.. Adakah patut, anda melakukan perkara yang akan mencemar nama Rasul.

Maka, jadikan kita orang yang layak memikul nama tersebut.. jangan kita melakukan sesuatu yang menyebabkan kita tak layak memegang nama tersebut.

Betapa susahnya ibu dan bapa kita mencari nama yang sesuai untuk kita, maka berubahlah sesuai dengan harapan mereka. Maka, jadilah kamu orang yang layak memikul nama kamu bukannya menjadi orang yang memburukkan namanya tersendiri!

Adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibu-bapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang baik dan elok menjadi tuntutan Islam dan budaya melayu. Peribahasa ada menyatakan bahawa;

" Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"


Merenung sebentar usia perkahwinan Ku, rasanya seperti baru sahaja semalam berlangsung, menjelang tahun 2012 aku masih lagi menyambut Aidilfitri sebagai seorang bujang trang..tang..tang.. Tarikh Keramat 28.9.2012 (Jumaat) aku selamat Diijab kabulkan bersama Bidadari pilihanKu.. Majlis walimah sebelah perempuan berlangsung pada 29.9.2012 (Sabtu) manakala di sebelah lelaki pada 30.9.2012 (Ahad).. satu Fasa Alam Rumahtangga yang merubah landskap kehidupan aku sebelumnya.. Aku bersyukur ke hadrat ILahi kerana dikurniakan seorang Zaujah yang penyantun dan benar-benar memahami aku.. Alangkah bahagianya kehidupan Ku.. Isteriku adalah AmanahKu.. Kehidupan aku diserikan lagi apabila aku mendapat berita isteri disahkan mengandung.. Alangkahnya gembiranya aku dgn kurniaan Al-Khaliq .. Nampaknya kehidupanku akan ke fasa seterusnya iaitu dari seorang Suami menjadi seorang Abah, dan telah ditakdirkan Nya belum sempat hendak beraya berdua pada tahun 2013 nampaknya aku beraya bertiga la pada Aidilfitri 2013 ini.. ^_^ 

Namun ingin aku kongsikan disebalik pemilihan nama puteriku, ternyata tiada siapa yang tahu, telah beberapa buku sudah ku baca, beberapa enjin carian internet telah ku jelajahi. Bukan sekadar buku-buku nama-nama pilihan. Aku tidak langsung berkeinginan memilih buku-buku seperti itu. Apa yang aku cari adalah berkaitan sejarah (Sirah) terutamanya kisah junjungan kita Rasululluh S.A.W.

Aku begitu tertarik membaca sirah baginda sehingga aku menjumpai nama yang cukup indah nama yang banyak membantu Rasululluh dalam menegakkan syiar Islam. Tidak lain dan tidak bukan dialah Saidatina Aishah binti Abu Bakar As-Siddiq isteri Rasululluh S.A.W.

Antara sifat beliau yang menarik perhatian

1) Bersungguh-sungguh menuntut ilmu
   * Sejak kecil / zaman kanak-kanak beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu

2) Dermawan
   * Sanggup menjual barang keperluannya semata-mata membantu orang lain

3) Taat dan Tegas
   * Taat dan Patuh kepada ibu-bapa dan suami. Tegas dan berani menegakkan kebenaran

Beliau turut digelar

* Ash-Shiddiqah (Wanita yang membenarkan)
* Ummul Mukminin (Ibu kepada orang yang beriman)
* Humaira ( Kerana kulitnya putih kemerah-merahan)

Rasululluh S.A.W memanggil Aisyah dengan gelaran Humaira kerana warna kulitnya sangat putih dan kemerah-merahan.

Mengambil inspirasi dari kisah saidatina Siti Aisyah r.a, kami menamakan puteri sulung kami dengan nama "Nur Jannah Humaira binti Khairul Nizam". Diharapkan dapat mencontohi sifat peribadi yang dimiliki bersesuaian dengan pemilihan namanya.. Harapan Abah dan Ummi agar Nur Jannah Humaira  menjadi anak yang solehah dan menjadi seorang mujahidah yang memperjuangkan Islam dan menegakkan Islam serta meletakkannya di tempat selayaknya!!!

 







Anakku,

Hidup adalah perjalanan Panjang
 Namun hanya punya satu tujuan,
iaitu mengabdikan diri kepada ALLAH